Tuesday , 23 July 2019

Home » Dunia » PM Lee ucap selamat hari lahir kepada Tun M

PM Lee ucap selamat hari lahir kepada Tun M

July 10, 2019 12:06 pm Category: Dunia, Nasional A+ / A-
PM Lee ucap selamat hari lahir kepada Tun M

SINGAPURA,. Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan selamat hari lahir ke-94 kepada rakan sejawatannya dari Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

“My best wishes to him on his birthday. (Saya doakan yang terbaik buatnya pada hari jadi beliau),” kata Lee dalam hantaran Facebooknya.

Hantaran itu turut memuatkan sekeping gambar beliau dan isteri Ho Ching bersama-sama Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika pasangan itu melawat Singapura sempena Sidang Kemuncak ASEAN tahun lepas.

“We named an orchid, the Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, in their honour. (Kami menamakan bunga orkid Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, sebagai penghormatan kepada mereka),” kata Lee menerusi kapsyen pada foto itu.

Lee juga menyatakan beliau mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia itu dan isterinya ke perarakan Hari Kebangsaan republik itu bulan hadapan.

— BERNAMA

scroll to top