Sunday , 16 December 2018

Home » Dunia » PM Mahathir terima kunjungan hormat Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia

PM Mahathir terima kunjungan hormat Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia

December 6, 2018 10:22 am Category: Dunia, Nasional A+ / A-
PM Mahathir terima kunjungan hormat Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia

PUTRAJAYA,. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia, Oesman Sapta, di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Oesman, Ketua Umum Partai Hati Nurani Rakyat (Partai Hanura), berkata dalam pertemuan kira-kira 15 minit itu, mereka membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Menurutnya, Dr Mahathir turut mengirim salam kepada Presiden Indonesia Joko Widodo.

Oesman memberitahu media Malaysia dan Indonesia bahawa pertemuan mereka hari ini merupakan kali kedua selepas Dr Mahathir kembali menerajui kerajaan apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 berikutan kemenangan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Oesman berkata, pertemuan mereka kali pertama ialah tiga hari selepas pelantikan Dr Mahathir itu pada Mei lepas.

— BERNAMA

scroll to top