Thursday , 20 June 2019

Home » Nasional » Polis serbu Deloitte Malaysia dalam siasatan 1MDB

Polis serbu Deloitte Malaysia dalam siasatan 1MDB

May 24, 2019 5:31 am Category: Nasional A+ / A-
Polis serbu Deloitte Malaysia dalam siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR,. Polis hari ini menyerbu firma juruaudit, Deloitte Malaysia yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyerbu firma itu yang terletak di Menara LGB, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 10.45 pagi tadi.

Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi Bernama, mengesahkan serbuan itu.

“Kami hanya merampas fail dan dokumen yang berkaitan dengan siasatan kes 1MDB.

Buat masa ini, kami hanya menjalankan serbuan di firma itu dan tiada individu yang ditahan,” katanya.

Saiful Azly berkata, sehingga 5.30 petang pasukan polis belum selesai menjalankan siasatan di firma audit ternama itu.

Deloitte merupakan juruaudit berkanun 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 hingga 2016.

— BERNAMA

scroll to top