Sunday , 20 May 2018

Home » Nasional » PPBM Dakwa ‘Ada Tangan Ghaib’ Jadi Dalang Kritik Parti

PPBM Dakwa ‘Ada Tangan Ghaib’ Jadi Dalang Kritik Parti

February 14, 2018 8:00 am Category: Nasional, Politik A+ / A-
PPBM Dakwa ‘Ada Tangan Ghaib’ Jadi Dalang Kritik Parti

Datuk Kamaruddin Mohd Nor

PETALING JAYA,. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mendakwa kononnya ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang merangka tindakan oleh beberapa anggota dan bekas anggota PPBM untuk terus mengkritik parti itu.

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Nor menyifatkan anggota yang mengkriti parti dan pucuk pimpinan tanpa menggunakan saluran yang betul sebagai anasir subversif yang mahu melemahkan parti.

Beliau berkata kritikan oleh beberapa anggota parti itu baru-baru ini sepatutnya disuarakan mengikut saluran dalam parti.

“Kalau betul-betul kita ahli parti, apa-apa pun rasa tidak puas hati, rasa protes kepada sesuatu keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan, hendaklah kita salurkan kepada parti” mengikut saluran yang ada di dalamnya.

“Jika semua saluran yang ada telah digunakan baharulah pergi kepada akhbar, tetapi ini tidak berlaku (kritikan-kritikan tersebut) terus dibuat melalui akhbar,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi mengulas mengenai beberapa kritikan oleh anggota dan bekas anggota PPBM kebelakangan ini terhadap parti itu dan pucuk pimpinannya yang dibuat menerusi media.

Beliau seterusnya memberi amaran kepada anggota PPBM bahawa tindakan boleh dikenakan terhadap mereka jika didapati bersalah melakukan perkara yang boleh menjejaskan parti.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, Kamaruddin berkata minggu lalu tiga anggota parti itu telah dipecat atas kesalahan mencela dan menyelar parti dan pucuk pimpinan.

Terbaharu, kritikan dilakukan oleh sayap kepimpinan PPBM Kota Bharu, yang dilaporkan hilang kepercayaan terhadap parti itu dan pakatan pembangkang terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

— BERNAMA

scroll to top