Tuesday , 22 August 2017

Home » Nasional » PRASARANA bersedia hadapi musim haji

PRASARANA bersedia hadapi musim haji

June 19, 2017 3:04 pm Category: Nasional A+ / A-
PRASARANA bersedia hadapi musim haji

DATUK Seri Azmi Abdul Aziz. - Foto Surianie Mohd Hanif

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) yang mengendalikan perkhidmatan tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Arab Saudi kini sudah bersedia untuk operasi musim haji ketiga pada Ogos ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata walaupun operasi MMMSL adalah hanya untuk tujuh hari pada musim haji, kerja-kerja penyelenggaraan tren serta persiapan berjalan sepanjang tahun termasuk pengambilan pekerja tempatan di Arab Saudi.

Katanya, PRASARANA juga memberi latihan kepada pekerja tempatan berkenaan dan dikendalikan staf dan kakitangannya dan anak-anak syarikatnya.

“Untuk tahun ini, PRASARANA turut mengambil strategi untuk terlalu bergantung kepada staf dalaman khususnya daripada Rapid Rail saja sebaliknya pengambilan pekerja dalam kalangan pesara dan bekas staf Rapid Rail, KTM dan ERL yang berpengalaman dalam operasi tren perkhidmatan haji,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azmi berkata, proses pengambilan staf tempatan di Arab Saudi bermula sejak April lalu yang mana lebih 40,000 permohonan diterima bagi mengisi kira-kira 6,600 pelbagai jawatan kerja ketika operasi haji khususnya untuk kawalan penumpang di stesen, kerja pencucian dan keselamatan.

Katanya, seramai 350,000 pemegang tiket akan menggunakan perkhidmatan MMMSL pada musim kali ini dan mereka akan bergerak pada masa yang sama mengikut ibadat dalam rukun-rukun haji – wukuf di Padang Arafah, bermalam di Mina dan melontar di Jamrah.

“Operasi MMMSL untuk musim haji 2017 ini akan bermula pada 29 Ogos dan berakhir pada 4 September bersamaan dengan 7 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

“Selain proses pengambilan dan latihan staf tempatan, warga kerja MMMSL juga sedang giat menjalankan pengujian tren sebelum memulakan siri latihan simulasi pelbagai senario bulan depan termasuk dua sesi latihan integrasi bersama-sama dengan agensi kecemasan awam Arab Saudi pada 23 dan 24 Ogos ini,” katanya.

scroll to top