Friday , 17 August 2018

Home » Dunia » Presiden arah banduan dikerah bendung dadah, homoseks

Presiden arah banduan dikerah bendung dadah, homoseks

July 15, 2018 8:46 am Category: Dunia A+ / A-
Presiden arah banduan dikerah bendung dadah, homoseks

Presiden Tanzania, John Magufuli

NAIROBI,. Presiden Tanzania, John Magufuli semalam mengarahkan banduan negara itu dipaksa bekerja siang dan malam, kemudahan lawatan pasangan mereka dihentikan serta mereka patut diterajang jika malas.

Pemimpin yang dikritik hebat banyak kumpulan hak asasi kerana gaya kepimpinan seperti diktator dan usaha membendung kebebasan itu berkata demikian ketika majlis angkat sumpah ketua penjara baharu, Faustine Martin Kasike.

“Adalah memalukan negara terus memberi banduan makan. Semua penjara ada padang, banduan patut bertani. Ada kakitangan penjara tiada rumah. Paksa banduan bekerja siang dan malam. Jika malas, sepak mereka. Kamu ada buruh dan ia percuma,” katanya.

Magufuli turut mengkritik kakitangan penjara yang membenarkan banduan menerima kunjungan pasangan mereka.

“Lelaki dalam penjara meninggalkan isterinya di luar, namun pegawai penjara menerima kunjungan wanita dan membenarkan banduan melakukan perkara yang tidak sepatutnya, ketika dalam tahanan. Saya tidak mahu mendengar lagi amalan ini,” katanya.

Katanya, masalah kekurangan kerja terhadap banduan menggalakkan penyalahgunaan dadah dan kegiatan homoseksual dalam penjara.

“Saya tidak mahu mendengar mengenai perkara ini lagi. Saya mahu reformasi pengurusan penjara,” katanya.

– AFP

scroll to top