Friday , 16 November 2018

Home » Bisnes » Prestasi semasa ringgit dipengaruhi faktor luaran

Prestasi semasa ringgit dipengaruhi faktor luaran

July 10, 2018 4:00 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Prestasi semasa ringgit dipengaruhi faktor luaran

Ketua Global bagi Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM, Jameel Ahmad

KUALA LUMPUR,. Pergerakan ringgit yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada masa ini adalah dipengaruhi faktor luaran terutama dolar yang semakin mengukuh.

Ketua Global bagi Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM, Jameel Ahmad, berkata mata wang tempatan itu sedikit merosot disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah AS selain peningkatan kebimbangan terhadap ketegangan dagangan global.

“Faktor utama kepada kemerosotan ringgit ialah faktor luaran. Faktor dalaman seperti hutang kerajaan dan perubahan polisi hanya menyumbang kepada peratusan kecil.

“Pada masa ini, sangat sukar untuk menentukan nilai saksama bagi ringgit tetapi mata wang tempatan itu akan mengukuh.

“Namun, kemungkinan ia akan berisiko untuk berdepan terlebih nilai bagi ringgit berbanding mata wang serantau,” katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jameel berkata, faktor global akan menentukan prestasi ringgit seterusnya.

scroll to top