Thursday , 15 November 2018

Home » Nasional » PRK Sungai Kandis, PAS belum buat keputusan

PRK Sungai Kandis, PAS belum buat keputusan

July 14, 2018 1:01 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
PRK Sungai Kandis, PAS belum buat keputusan

Datuk Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU: PAS hanya akan membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak pada Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Kandis pada petang ini atau esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan akan dibuat selepas parti itu bermesyuarat dengan Barisan Nasional (BN)/UMNO.

“Sama ada PAS akan meletakkan calon kami di PRK Sungai Kandis bergantung kepada parti pembangkang lain.

“Apa yang penting pada PRK ini biarlah ada persefahaman antara pembangkang supaya wujud pertandingan ‘satu lawan satu’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) di sini, malam tadi.

Berdasarkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, PAS hanya memperoleh 7,000 undi saja manakala BN sebanyak 11,000 undi.

“Pakatan Harapan (PH) pula memperolehi lebih 27,000 undi iaitu satu jumlah yang banyak. Jadi, kalau pembangkang menang pun Selangor tidak akan terjejas.

“Bagaimanapun, jentera PAS sudah bersedia untuk hadapi PRK itu,” katanya.

Takiyuddin berkata sekiranya BN berhasrat mahu bertanding, PAS tidak akan meletakkan calon pada PRK Sungai Kandis.

Ditanya adakah PAS akan membantu BN pada PRK itu, beliau berkata itu adalah soal lain.

“Apa yang penting, banyak isu tempatan dan antarabangsa yang boleh dijadikan tumpuan pada PRK Sungai Kandis termasuk isu harga barang dan lain-lain,” katanya.

scroll to top