Thursday , 29 June 2017

Home » Dunia » PRU Britain: Kawalan keselamatan ketat

PRU Britain: Kawalan keselamatan ketat

June 8, 2017 3:24 pm Category: Dunia, Politik A+ / A-
PRU Britain: Kawalan keselamatan ketat

SEORANG wanita memegang kad mengundi pada hari pengundian pilihan raya umum (PRU) Britain di London. - Foto Reuters

LONDON: Kawalan keselamatan pada hari pengundian pilihan raya umum (PRU) Britain disemak semula susulan serangan di ibu kota ini.

Berikutan itu, pasukan Polis Metropolitan menguatkuasakan ‘operasi khas dan fleksibel’, membolehkannya mengerahkan seberapa banyak anggota diperlukan.

Pusat pengundian dibuka hari ini dalam pilihan raya dijangka dimenangi dengan mudah Perdana Menteri Theresa May, namun terbukti agak sukar diramal susulan kempen dibayangi keganasan.

May memanggil pilihan raya awal April lalu, apabila kedudukan tinjauan sokongan untuknya dan parti Konservatif haluan tengah-kanan tinggi, memaparkannya sebagai pemimpin kukuh mengemudi Britain ke rundingan Brexit.

Namun, serangan militan Islam di ibu kota ini dan Manchester meletakkan May dalam keadaan tertekan sejak menjadi menteri dalam negeri enam tahun lalu, manakala kesilapan kempen membantutkan reputasinya sebagai pemimpin layak.

Sementara itu, pemimpin pembangkang Buruh Jeremy Corbyn, seorang juru kempen anti-perang yang bukan pilihan majoriti wakil rakyat partinya sendiri, berjaya melancarkan kempen bertenaga menjanjikan perubahan.

Satu tinjauan pengundian akan memberi petunjuk keputusan walaupun keputusan akhir hanya dikeluarkan esok.

Prof Eric Kaufmann, seorang pensyarah politik di Universiti London meramalkan May akan meningkatkan majoriti parlimen kepada 25 kerusi, tidak banyak seperti diharapkan namun masih kemenangan kukuh.

AFP

scroll to top