Thursday , 29 June 2017

Home » Dunia » PRU UK: DUP sokong Konservatif bentuk kerajaan

PRU UK: DUP sokong Konservatif bentuk kerajaan

PRU UK: DUP sokong Konservatif bentuk kerajaan

Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) yang diwakili tiga ahli dipilih Parlimen, (dari kiri ke nanan) Nigel Dodds, Emma Little Pengelly dan Gavin Robinson, meraikan kejayaan selepas Pengelly memenangi kerusi Belfast selatan Demokratik Sosial dan Parti Buruh (SDLP) dalam pusat pengiraan di Belfast, Ireland Utara, Britain. - Foto EPA

BELFAST: Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) bersedia berunding dengan Perdana Menteri Theresa May membantu membentuk kerajaan susulan peningkatan undi parti itu pada pilihan raya Parlimen United Kingdom.

Tinjauan pendapat mendapati pemimpin Konservatif itu gagal menang majoriti sekali gus DUP yang dijangka menang dua lagi kerusi untuk menguasai 10 daripada 18 kerusi Ireland Utara, berpotensi memainkan peranan dalam kerajaan masa depan.

Pada masa sama, peranan Parti Nasionalis Sinn Fein Ireland turut dilihat dapat membantu tetapi parti itu yang dijangka memenangi tujuh kerusi meningkat empat kerusi berbanding pilihan raya 2015 memilih untuk mengekalkan dasar tidak berkongsi kerusi.

Sehubungan itu, parti yang menang hanya memerlukan 323 kerusi untuk mendapat majoriti bukannya 326.

Tinjauan pendapat meramal Parti May bakal menang 314 kerusi.

Reuters

scroll to top