Friday , 19 April 2019

Home » Nasional » Pusat Jagaan Mahmudah menerima sumbangan dari NGO

Pusat Jagaan Mahmudah menerima sumbangan dari NGO

February 12, 2019 9:06 am Category: Nasional A+ / A-
Pusat Jagaan Mahmudah menerima sumbangan dari NGO

Raja Badli Raja Abdullah ketika menyampaikan sumbangan pada warga emas dirumah MAHMUDAH SEMENYIH.

SEMENYIH: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Semenyih Bersatu manyalurkan sumbangan amal
kepada Pusat Jagaan Mahmudah yang dihadiri Raja Badli Raja Abdullah untuk menyampaikan sumbangan pada peserta.

Majlis Penyerahan Sumbangan disempurnakan oleh Penasihat Ikatan Semenyih Bersatu (IKATAN), Raja Badli bin Raja Abdullah.

Turut bersama semasa Majlis Penyerahan yang dihadiri Rahman Ghazali, Pengerusi Majlis dan Ahli Bersatu Semenyih, En.Rahman Lembang, Pengasas dan Penasihat Pusat Kebajikan Mahmudah.

Raja Badli Raja Abdullah ketika menyampaikan sumbangan pada warga emas dirumah MAHMUDAH SEMENYIH.

Raja Badli Raja Abdullah ketika menyampaikan sumbangan pada warga emas dirumah MAHMUDAH SEMENYIH.

Dalam majlis ini, Raja Badli Raja Abdullah, telah menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM 500.00 kepada Pusat Jagaan Mahmudah, manakala Sekolah Agama Nur Iman, Taman Semenyih Indah, Pusat Tahfiz Al Kitab Beranang, Surau Kg Sg Purun, Masjid Kg Batu 3, Balu Arwah ROSLAN, Adik HAFIZ sebanyak RM 300.00.

Selepas menyerahkan sumbangan Penasihat Ikatan Semenyih Bersatu (IKATAN),Beliau mengucapkan Ribuan terima kasih pada semua badan NGO yg terlibat bersama menjayakan Program tersebut.

Raja Badli menyarankan majlis sebegini Pada masa akan datang lebih kerap dijalankan bagi dapat merapatkan lagi hubungan di kalangan masyarakat setempat yang seharusnya kita lihat, jangan sampai kita terlepas pandang pada mereka semua.

9facefed-765a-49be-9019-47e676e36636
Beliau yang merupakan anak kelahiran SEMENYIH dan dibesarkan dikawasan Sungai Purun, berhasrat untuk melakukan sesuatu untuk masyarakat di kawasan SEMENYIH dan menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Ikatan Semenyih Bersatu merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi memastikan perpaduan dan keharmonian warga SEMENYIH yang berbilang bangsa dan agama dapat diwujudkan.

IKATAN merupakan nama singkatan kepada pertubuhan ini dan telah diwujudkan secara rasmi pada tahun 2017 lagi.

Pusat Jagaan Mahmudah menempatkan seramai 60 orang yang terdiri dari warga emas dan golongan Asnaf.

yang beralamat di Lot: 459/5 Kampung Sungai Purun, Batu 1 1/2, Jalan Bangi, 43500 SEMENYIH.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Encik Raja Badli bin Raja Abdullah
No tel: +6019-2812025

scroll to top