Tuesday , 20 November 2018

Home » Dunia » Pusat mengundi ditutup di timur Amerika Syarikat

Pusat mengundi ditutup di timur Amerika Syarikat

November 7, 2018 12:11 pm Category: Dunia, Politik A+ / A-
Pusat mengundi ditutup di timur Amerika Syarikat

WASHINGTON,. Pusat mengundi mula ditutup di beberapa negeri di timur Amerika Syarikat semalam, dalam pilihan raya pertengahan penggal, yang dianggap sebagai proses pungutan suara terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump yang kini memasuki tahun kedua.

Beberapa pusat mengundi mula ditutup pada jam 6 petang (waktu tempatan) di beberapa bahagian di Kentucky dan Indiana, ketika parti Demokrat berusaha menguasai lebih banyak kerusi dalam Dewan Senat, di beberapa negeri yang dimenangi Trump pada Pilihan Raya Presiden 2016.

Pilihan raya ini penting bagi menentukan sama ada Trump akan terus memperoleh kelebihan, memandangkan ketika ini sebahagian besar Kongres Amerika Syarikat yang mempunyai 435 kerusi, kini dikuasai parti Republikan.

Namun, dalam pilihan raya pertengahan penggal ini, hanya 35 daripada 100 kerusi Dewan Senat dipertandingkan, selain 36 jawatan gabenor. – AFP

scroll to top