Monday , 24 September 2018

Home » Dunia » Putera Harry, Meghan lawat Australia dan New Zealand

Putera Harry, Meghan lawat Australia dan New Zealand

June 11, 2018 11:23 am Category: Dunia A+ / A-
Putera Harry, Meghan lawat Australia dan New Zealand

LONDON,. Putera Harry dan isteri, Meghan Markle akan melawat Australia, Fiji, Tonga dan New Zealand lewat tahun ini bertepatan dengan penganjuran Sukan Invictus di Sydney, kata Istana Kensington.

Pasangan yang menerima gelaran Duke dan Duchess of Sussex selepas melangsungkan perkahwinan bulan lalu, memainkan peranan penting dalam acara sukan yang dianjurkan khusus buat anggota tentera yang sakit dan cedera serta veteran yang diasaskan oleh Harry pada 2014.

Acara ini akan berlangsung bermula 20 hingga 27 Oktober.

Pasangan Diraja ini kali pertama dirakam bersama pada majlis perasmian acara berkenaan di Toronto tahun lalu.

Harry dan Meghan melangsungkan perkahwinan dalam satu upacara gilang gemilang di Istana Windsor, berhampiran London, pada Mei lalu dihadiri bangsawan dan selebriti tersohor selain disaksikan berjuta-juta penonton di seluruh dunia.

– Reuters

scroll to top