Wednesday , 24 July 2019

Home » Artikel Pilihan » Putera William lawat mangsa tembakan Christchurch minggu depan

Putera William lawat mangsa tembakan Christchurch minggu depan

April 18, 2019 2:32 pm Category: Artikel Pilihan A+ / A-
Putera William lawat mangsa tembakan Christchurch minggu depan

Putera William akan mengadakan pertemuan dengan mangsa insiden pembunuhan beramai-ramai di Christchurch, minggu depan.

LONDON,. Kunjungan Putera William ke Christchurch minggu depan dijangka dapat menceriakan mangsa insiden pembunuhan beramai-ramai di bandar raya itu.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, berkata Duke of Cambridge itu bakal mengadakan lawatan dua hari mulai 25 April ke negara itu.

Selain bertemu mangsa, Putera William juga dijadualkan berjumpa pasukan penyelamat, yang terbabit dalam kejadian serangan di dua masjid pada 15 Mac lalu, yang menyebabkan 50 mangsa terkorban.

“Kami mengalu-alukan lawatan oleh Duli Yang Teramat Mulia (Putera William) dan sedar bahawa kehadiran beliau akan membawa keceriaan kepada mangsa.

“Duke (of Cambridge) mempunyai hubungan yang rapat dengan New Zealand, terutama Christchurch.

“Kunjungan beliau juga memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi penghormatan kepada mangsa serangan, selain menyatakan sokongan kepada penduduk tempatan serta rakyat di negara ini,” kata Ardern dalam satu kenyataan.

Sementara itu, lawatan oleh kerabat diraja Britain berkenaan berlaku enam minggu selepas seorang lelaki yang menganggap orang kulit putih lebih mulia berbanding golongan lain, melepaskan tembakan rambang di dua masjid di Christchurch.

Setibanya di Auckland bagi menghadiri pelbagai acara, Putera William sambil ditemani Ardern akan meneruskan lawatannya ke Christchurch.

Lawatannya ke negara itu adalah bagi mewakili nendanya, Ratu Elizabeth II, iaitu ketua negara bagi New Zealand. – AFP

scroll to top