Monday , 22 October 2018

Home » Sukan » Rafael Benitez didenda 60,000 pound

Rafael Benitez didenda 60,000 pound

October 6, 2018 9:57 am Category: Sukan A+ / A-
Rafael Benitez didenda 60,000 pound

Rafael Benitez

LONDON,. Pengurus Newcastle United Rafael Benitez didenda 60,000 pound selepas dia memuji pengadil sebelum perlawanan Liga Perdana di Crystal Palace bulan lalu.

Persatuan Bola Sepak (FA) England berkata, komen yang dibuat Benitez pada satu sidang media di Selhurst Park 21 Sept lalu dianggap ‘tidak wajar dan/atau mencemar imej perlawanan itu’.

Sebelum ini, FA telah mengeluarkan garis panduan bahawa pengurus pasukan tidak boleh membuat komen tertentu terhadap pengadil sebelum perlawanan.
“Saya sangat yakin dengan Andre Marriner,” kata Benitez merujuk kepada pengadil itu.

“Dia berpengalaman, walaupun mungkin rekodnya dengan pemain kami bukanlah yang terbaik dari segi kad merah.

“Saya yakin dia adalah pengadil yang sangat bagus dengan banyak pengalaman dan dia akan menangani keadaan ini dengan cara yang biasa.”

Benitez berkata demikian ketika menjawab komen dibuat pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha, yang mengadu mengatakan dia tidak diberi cukup perlindungan oleh pengadil.

Benitez dalam pada itu mengakui terkejut dengan cara FA mengendalikan situasinya.

scroll to top