Monday , 22 July 2019

Home » Dunia » Rakyat Australia mengundi hari ini

Rakyat Australia mengundi hari ini

May 18, 2019 11:42 am Category: Dunia, Politik A+ / A-
Rakyat Australia mengundi hari ini

Bekas Perdana Menteri Australia, Warringah Tony Abbott ketika mengundi di Sekolah Awam Forestville semasa Hari Pemilihan di Sydney, Australia. - Foto EPA

SYDNEY,. Pilihan raya Australia bermula hari ini, persaingan yang mungkin pertama kali diputuskan berdasarkan dasar iklim.

Tidak sampai 17 juta rakyat negara itu dijangka mengundi di seluruh benua berkenaan, ketika tinjauan akhir meramalkan kemenangan parti Buruh.

Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri, Scott Morrison, menutup jurang perbezaan dengan pembangkang, tetapi pertentangan berhubung dasar iklim membuktikan perbezaan.

Di pinggir Sydney, pengundi dibawa ke kelab luncur air di tepi pantai untuk mengundi, ketika sukarelawan memakai baju jingga terang ‘Saya pengundi iklim’ menyerahkan risalah.

“Saya bimbang dengan iklim dan Australia tidak bertindak secukupnya,” kata seorang sukarelawan, Catherine Willis.

Banjir, kebakaran hutan dan kemarau menjadi isu utama dalam kempen.

Di kawasan pedalaman, petani yang terjejas akibat iklim menuntut kerajaan bertindak.

Parti Buruh menjanjikan sasaran menjadikan tenaga boleh diperbaharui, manakala Liberal menegaskan tidak akan mengambil risiko ke atas pertumbuhan ekonomi berdasarkan arang batu untuk menjadi udara lebih bersih.

Tinjauan akhir menunjukkan Buruh mendahului dengan 51 peratus berbanding 49 diperoleh Liberal.

Namun pengundian wajib dan sistem rumit mengenai kedudukan calon bermakna keputusan mungkin sebaliknya. — AFP

scroll to top