Sunday , 26 May 2019

Home » Sukan » Rashford belum Menanda tangan Kontrak Baru Bersama MU

Rashford belum Menanda tangan Kontrak Baru Bersama MU

May 18, 2019 12:02 pm Category: Sukan A+ / A-
Rashford belum Menanda tangan Kontrak Baru Bersama MU

Marcus Rashford,Berbincang Sesuatyu bersama Ole Gunnar Solskjaer.

MANCHESTER,. Marcus Rashford melengahkan perbincangan mengenai kontrak baharu apabila bimbang mengenai kemajuan Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Penyerang United itu kini sedang melihat kesungguhan United untuk terus berada di depan musim panas ini sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Kelab berkenaan amat berharap pemain antarabangsa England itu melanjutkan kontrak sedia ada untuk tambahan dua musim lagi dan membuka peluang berbincang dengannya baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut The Sun, Rashford memberitahu kelab dia tidak mahu berbincang kerana bimbang dengan cita-cita kelab.

Dikatakan rasa percaya Rashford terhadap kebolehan Solskjaer berkurangan sejak beberapa bulan lalu selepas United gagal ke kelompok empat teratas liga.

Pemain berusia 21 tahun itu mahu bermain dalam Liga Juara-Juara pada masa depan dan Solskjaer faham pelaburan diperlukan pada musim panas ini jika mereka mahu memperbaiki kedudukan keenam mereka musim lalu.

Solskjaer dijangka akan membuat perubahan besar bulan depan ketika dia mahu membuang pemain yang tidak berkesan dan membinanya kembali menggunakan pemain muda.

Rashford dilihat menjadi kunci utama perancangan Solskjaer namun United ketika ini berdepan risiko mengalami situasi bermasalah dengan David de Gea yang juga masih belum berbincang mengenai kontraknya.

Penjaga gol Sepanyol itu hanya memiliki baki kontrak setahun dan Paris Saint-Germain dijangka akan meningkatkan tekanan terhadap United supaya menjualnya dengan mengemukakan tawaran musim panas ini. – Agensi

scroll to top