Sunday , 21 October 2018

Home » Dunia » Ratusan anggota Topi Putih berjaya keluar dari Syria

Ratusan anggota Topi Putih berjaya keluar dari Syria

July 23, 2018 11:32 am Category: Dunia A+ / A-
Ratusan anggota Topi Putih berjaya keluar dari Syria

Ratusan anggota penyelamat Pertahanan Awam Syria (SDC) dikenali sebagai Topi Putih dan keluarga mereka dipindahkan ke Jordan, sebelum ditempatkan ke beberapa negara barat, selepas menerima ancaman daripada tentera rejim Syria. - Foto EPA

AMMAN,. Ratusan anggota penyelamat Pertahanan Awam Syria (SDC) dikenali sebagai Topi Putih dan keluarga mereka berjaya dipindahkan ke Jordan, sebelum ditempatkan ke beberapa negara barat, selepas menerima ancaman daripada tentera rejim Syria.

Kementerian Luar Jordan berkata, negara itu menerima 422 warga Syria, berbanding kenyataan awal bahawa mereka bakal menerima 800 rakyat dari negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar, Mohammed al-Kayed, berkata pada dasarnya, Britain, Jerman dan Kanada sudah menyatakan kesediaan untuk menerima kira-kira 827 penyelamat Topi Putih dan keluarga mereka, namun setakat ini hanya 422 orang sudah tiba di Jordan.

Beliau berkata, mereka diberi kebenaran untuk tinggal di Jordan tidak melebihi tempoh tiga bulan.

Sementara itu, sumber Kerajaan Kanada memaklumkan AFP, kumpulan kedua Topi Putih dan ahli keluarga sepatutnya sudah dipindahkan tetapi mereka gagal tiba di sempadan berikutan situasi semasa di negara itu.

“Kumpulan itu masih berada di Syria dan tidak pasti sama ada usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka keluar susulan keadaan yang tidak menentu di negara itu,” kata sumber berkenaan.

SDC atau Topi Putih ditubuhkan pada 2013 ialah sebuah rangkaian pertubuhan sukarela, yang bertindak sebagai responden pertama bagi menyelamatkan mangsa yang cedera dalam serangan, termasuk menerusi udara dan letupan di wilayah yang dikuasai pemberontak.

– AFP

scroll to top