Monday , 21 May 2018

Home » Sukan » Red Giants gigit jari

Red Giants gigit jari

May 7, 2018 10:59 am Category: Sukan A+ / A-
Red Giants gigit jari

CHERAS,. Selangor terpaksa menggigit jari di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan PKNP FC selepas pasukan lawan menjaringkan gol pada lewat permainan dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Perlawanan itu bagaimanapun terganggu pada minit ke-4 apabila lampu limpah terpadam sehingga menyebabkan aksi tertangguh selama 13 minit.

Sebaik permainan bersambung, pasukan pelawat hampir di depan susulan kesilapan pemain pertahanan Selangor, Willian Pachecho yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Mujur sepakan kapten PKNP, Shahrel Fikri sekadar melintasi gawang Selangor.

PKNP yang dikendalikan oleh Abu Bakar Fadzim sekali lagi menggigit jari selepas penyerang import, Clovis Franklin gagal menyempurnakan peluang pada minit ke-31 meskipun hanya berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Bagaimanapun kedudukan berubah di minit ke-53 apabila hantaran bola Evan Dimas di depan pintu gol mudah ditolak masuk penjaring terbanyak skuad The Red Giants, Rufino Segovia.

PKNP kemudian cuba bangkit mencari gol penyamaan namun tidak berhasil apabila rembatan kencang Norhakim Isa berjaya diselamatkan Khairulazhan pada minit ke-70.

Namun ketika Selangor sudah berkira-kira untuk membawa pulang tiga mata penuh, pemain gantian Hafiz Ramdan menyumbat gol penyamaan PKNP pada minit ke-94.

scroll to top