Tuesday , 20 November 2018

Home » Bisnes » Ringgit catat penurunan pada pagi

Ringgit catat penurunan pada pagi

November 8, 2018 1:09 pm Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Ringgit catat penurunan pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit gagal meneruskan keuntungan semalam dengan dibuka lebih rendah pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur beralih ke aset yang lebih berisiko, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.1690 / 1730 berbanding dolar AS daripada 4.1640 / 1670 yang dicatatkan pada pukul 6 petang semalam.

Peniaga berkata dolar AS juga merosot selepas pilihan raya pertengahan yang menyaksikan Kongres AS berpecah di antara Republikan dan Demokrat, yang memberi keupayaan yang lebih besar untuk memeriksa sebarang inisiatif utama dari Presiden AS, Donald Trump.

“Hasilnya menimbulkan prospek kekacauan politik, dengan itu meletakkan dolar di bawah tekanan,” katanya.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0393 / 0427 daripada 3.0419 / 0445 pada hari Rabu dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6686 / 6724 daripada 3.6830 / 6860.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4718 / 4783 dari 5.4815 / 4871 semalam dan lebih kukuh berbanding euro pada 4.7652 / 7706 daripada 4.7844 / 7883.

– BERNAMA

scroll to top