Wednesday , 24 October 2018

Home » Bisnes » Ringgit dibuka kukuh

Ringgit dibuka kukuh

July 19, 2018 12:10 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit dibuka kukuh

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat pelabur terhadap risiko kembali pulih susulan kenaikan harga minyak mentah.

Pada 9 pagi ini ringgit disebut harga pada paras 4.0550/0600 berbanding dolar AS daripada 4.0570/0610 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga bertambah baik susulan jaminan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell membabitkan pendekatan yang lebih berperingkat dalam usaha menaikkan kadar faedah.

“Sentimen berkaitan risiko akibatnya telah mendorong pelabur untuk melabur dalam aset yang lebih berisiko seperti pasaran saham yang pada akhirnya mengukuhkan lagi mata wang tempatan.

“Selain itu, harga minyak mentah yang lebih tinggi dengan penanda aras global, Brent meningkat kepada AS$72.99 setong pada hari ini, turut menyokong prestasi ringgit memandangkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak dan gas,” katanya.

Ringgit bagaimanapun didagangkan rendah berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9694/9735 daripada 2.9656/9690, susut berbanding yen kepada 3.5968/6022 daripada 3.5909/5957, turun berbanding pound Britain kepada 5.3031/3101 daripada 5.2863/2931 pada Rabu.

Berbanding euro, ringgit juga rendah kepada 4.7257/7323 daripada 4.7155/7217.

– BERNAMA

scroll to top