Wednesday , 19 December 2018

Home » Bisnes » Ringgit dibuka lebih kukuh Pada Pagi

Ringgit dibuka lebih kukuh Pada Pagi

December 14, 2017 11:59 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit dibuka lebih kukuh Pada Pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) awal dagangan hari ini berikutan sentimen lemah bagi dolar selepas Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah walaupun mengumumkan data inflasi yang kurang memberangsangkan, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0690/0720 daripada 4.0850/0880 yang dicatatkan pada penutupan semalam.

Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah penanda aras semalaman buat kali ketiga tahun ini, sebanyak 0.25 peratus kepada jajaran 1.25 peratus dan 1.50 peratus diunjur pasaran.

Bank pusat mengunjurkan prospek kadar faedah lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang dengan tiga lagi kenaikan pada 2018 dan 2019.

Di pasaran dalam negara, peniaga berkata harga minyak dunia yang bertambah baik akan terus memacu ringgit lebih tinggi hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0217/0248 daripada 3.0190/0219 pada Rabu dan susut berbanding yen kepada 3.6089/6125 daripada 3.6017/6053 semalam.

Mata wang tempatan juga rendah berbanding pound kepada 5.4606/4663 daripada 5.4518/4579 pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.8173/8212 daripada 4.7991/8038 yang dicatatkan semalam.

– BERNAMA

scroll to top