Wednesday , 24 July 2019

Home » Bisnes » Ringgit dibuka lemah pada pagi

Ringgit dibuka lemah pada pagi

March 19, 2019 10:58 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Ringgit dibuka lemah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lebih lemah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan pelabur tidak memasuki pasaran menanti mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0770/0800 berbanding 4.0760/0800 penutup semalam.

Peniaga berkata, pelabur akan memantau mesyuarat dasar utu bagi mendapatkan arah pasaran baharu.

“Selepas Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah empat kali tahun lalu, pembuat dasar dijangka mengekalkan kadarnya kali ini sebagai maklum balas terhadap kelembapan ekonomi global dan ketidakstabilan saham,” katanya.

Di peringkat tempatan, beliau berkata pelabur menunggu pengumuman Indeks Harga Pengguna (CPI) Jumaat ini selain mengikuti acara InvestKL yang dihadiri penggubal undang-undang utama dan pemain industri global hari ini dan esok bagi sebarang petunjuk pasaran baru.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.6627/6664 daripada 3.6556/6602 tetapi menokok berbanding euro kepada 4.6221/6259 daripada 4.6263/6312 penutup semalam.

Ringgit juga menyusut berbanding pound British kepada 5.4065/4121 daripada 5.4015/4084 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0173/0200 daripada 3.0152/0184 semalam. – BERNAMA

scroll to top