Monday , 23 April 2018

Home » Bisnes » Ringgit dibuka rendah

Ringgit dibuka rendah

April 16, 2018 12:03 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan dolar AS mendapat sedikit rangsangan susulan serangan ketenteraan ke atas Syria pada hujung minggu.

Pada 9.02 pagi, ringgit disebut pada harga 3.8800/8850 berbanding 3.8785/8815 penutup Jumaat.

AS dan sekutu Eropah melancarkan serangan udara ke atas sasaran penyelidikan, penyimpanan dan ketenteraan di Syria pada awal pagi Sabtu bagi menghukum rejim Assad di atas dakwaan serangan menggunakan senjata kimia.

– BERNAMA

scroll to top