Wednesday , 22 August 2018

Home » Bisnes » Ringgit dibuka rendah

Ringgit dibuka rendah

August 13, 2018 11:07 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekukuhan dolar AS di tengah-tengah ketegangan dagangan yang meningkat membabitkan AS dan China.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.0880/0900 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat pada 4.0830/0870.

Seorang peniaga berkata, kadar tukaran ringgit kepada dolar AS mungkin akan dikurangkan berikutan peningkatan kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

“Peningkatan ketegangan dagangan antara AS dan China mengukuhkan dolar yang menyaksikan indeks dolar mencecah hampir kepada kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun,” tambahnya.

Katanya, peningkatan minyak mentah Brent membantu mengurangkan kelemahan ringgit.

Penanda aras minyak mentah Brent meningkat kepada AS$72.85 setong pada 9 pagi hari ini.

Ringgit bagaimanapun, didagangkan kebanyakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9720/9737 daripada 2.9781/9813 pada Jumaat, tetapi rendah berbanding yen Jepun pada 3.6995/7024 daripada 3.6800/6846.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.2114/2156 daripada 5.2193/2248 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6530/6556 daripada 4.6779/6837.

-BERNAMA

scroll to top