Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini kerana kekurangan minat belian meskipun nilai dolar terus lemah.

Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan ialah pada 4.1550/1600 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1600 ketika ditutup pada Jumaat.

AmBank Research dalam nota penyelidikannya berkata di pasaran tempatan, para pelabur masih ragu-ragu meskipun ketidakpastian senario politik tempatan telah reda selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan semalam.

“Kami menjangkakan ringgit diniagakan antara paras sokongan 4.1465 dan 4.1518 sementara halangan antara 4.1628 dan 4.1693,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara tengah hari semalam menyatakan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Al-Sultan Abdullah bertitah keputusan berkenaan dibuat selepas memperhalusi permohonan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu serta melihat kepada situasi yang sedang dihadapi oleh negara.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0603/0651 daripada 3.0593/0678 pada Jumaat, menyusut berbanding yen kepada 3.9685/9740 daripada 3.9664/9771 dan lemah berbanding euro pada 4.9220/9296 daripada 4.9153/9288.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, mengukuh berbanding pound Britain pada 5.4231/4305 daripada 5.4286/4434.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)