Saturday , 18 August 2018

Home » Bisnes » Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

June 14, 2018 12:16 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit terus susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka hari ini kepada hampir paras 4.00 selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan negara itu memberi petunjuk untuk menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali lagi tahun ini.

Bagaimanapun, pasaran masih berhati-hati berhubung ketidaktentuan susulan pelan pengurangan rangsangan kuantitatif oleh Bank Pusat Eropah (ECB).

Ketua Dagangan di Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pasaran menjangkakan urus niaga terus suram hari ini kerana pelabur tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat ECB memandangkan mereka kekal terikat dengan langkah makro dalam persekitaran kadar faedah global.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit disebut pada 3.9930/9970 berbanding dolar AS daripada 3.9920/9960 ketika ditutup pada Rabu.

Unit tempatan juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9892/9933 daripada 2.9874/9908 pada Rabu dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3394/3468 daripada 5.3241/3311.

Mata wang tempatan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6198/6238 daripada 3.6097/6140 pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.7089/7149 daripada 4.6922/6973.

— BERNAMA

scroll to top