Friday , 15 December 2017

Home » Bisnes » Ringgit dibuka tinggi Hari ini

Ringgit dibuka tinggi Hari ini

December 5, 2017 12:55 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit dibuka tinggi Hari ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sokongan berterusan bagi unit tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan dibuka pada 4.0480/0510 berbanding dolar US daripada 4.0600/0650 pada Isnin.

Peniaga berkata ringgit meneruskan peningkatan semalam yang menyaksikan mata wang tempatan melonjak 0.68 peratus berbanding dolar AS kepada 4.0630, yang terbaik sejak September 2016.

“Pelabur positif terhadap ringgit yang disokong oleh unjuran ekonomi yang kukuh susulan eksport yang teguh, harga minyak mentah yang kukuh dan jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman pada Januari tahun depan,” katanya.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, unit tempatan diniagakan bercampur-campur.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0056/0092 daripada 3.0094/0142 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.8046/8098 daripada 4.8123/8191 pada Isnin.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.4539/4587 daripada 5.4522/4609 pada Isnin dan berkurangan berbanding yen kepada 3.5992/6028 daripada 3.5958/5009 semalam.

– BERNAMA

scroll to top