Thursday , 27 June 2019

Home » Bisnes » Ringgit dijangka mengukuh hasil pemulihan harga minyak

Ringgit dijangka mengukuh hasil pemulihan harga minyak

August 13, 2016 12:34 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit dijangka mengukuh hasil pemulihan harga minyak

RINGGIT dijangkakan mengukuh minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat susulan pemulihan harga minyak mentah. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangkakan mengukuh minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan

pemulihan harga minyak mentah, yang sekali gus mendorong sentimen positif dalam pasaran, kata seorang

peniaga. Hong Leong Research dalam notanya berkata berdasarkan perbandingan mingguan, mata wang

tempatan mengukuh 1.2 peratus kepada 4.0045 berbanding dolar US dan tinggi berbanding sembilan daripada 10 mata wang G10, disokong oleh minat untuk mengambil risiko yang semakin meningkat dalam pasaran

selain pemulihan harga minyak. “Kami menjangkakan ringgit akan meningkat minggu depan memandangkan kami mengunjurkan harga minyak akan meningkat dan potensi pengelakan risiko ke atas dolar AS menjelang

mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan,” kata firma penyelidikan itu.

Namun katanya keuntungan dijangkakan kecil berdasarkan peningkatan ketara baru-baru ini. “Dolar AS/Ringgit dijangka berlegar dalam lingkungan 4.00 dengan peningkatan dijangkakan disekat pada 4.0110.

“Kami menjangkakan dolar AS akan menurun minggu depan ekoran tindakan pengelakan risiko susulan penyiaran minit FOMC, yang akan memberi petunjuk terhadap tindakan dasar seterusnya oleh Rizab

Persekutuan,” katanya. Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit didagangkan tinggi pada Selasa, Rabu dan

Khamis, disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dan permintaan ke atas bon kerajaan. Ringgit didagangkan rendah pada Isnin dan Jumaat susuan jangkaan peningkatan kadar faedah AS tahun ini, yang

sekali lagi meningkatkan dolar. Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, unit tempatan susut berbanding dolar AS kepada 4.0260/0310 daripada 4.0200/0250 pada minggu sebelumnya. Berbanding mata wang lain, ringgit

ditutup tinggi kecuali euro. Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9898/9939 daripada 2.9993/9033 Jumaat lepas, meningkat berbanding yen kepada 3.9393/9454 daripada 3.9806/9875 dan tinggi

berbanding pound British kepada 5.2153/2230 berbanding 5.2911/2989 sebelumnya. Unit tempatan rendah berbanding euro kepada 4.4882/4946 daripada 4.4783/4855 Jumaat lepas. – BERNAMA

scroll to top