Monday , 10 December 2018

Home » Bisnes » Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS

September 26, 2018 12:42 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menanti hasil mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1350/1400 berbanding 4.1350/1390 jam 6 petang semalam.

Peniaga berkata, mesyuarat Rizab Persekutuan akan menawarkan petunjuk kepada kenaikan kadar faedah masa depan, sekali gus mempengaruhi pergerakan dolar AS, yang mula menunjukkan arah aliran menurun.

– BERNAMA

scroll to top