Monday , 23 July 2018

Home » Bisnes » Ringgit lemah Pada Pagi

Ringgit lemah Pada Pagi

June 13, 2018 2:40 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit lemah Pada Pagi

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat hari ketiga dengan pedagang dijangka kekal defensif sepanjang sesi hari ini berikutan pasaran menanti hasil mesyuarat dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

FOMC dijangka mengumumkan keputusan berhubung kadar faedah AS hari ini selepas mesyuarat dua hari berakhir Rabu.

Pada 9.07 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9930/9970 berbanding dolar AS daripada 3.9880/9910 penutup Selasa.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata prestasi ringgit turut dipengaruhi aliran keluar dana asing selain risiko politik domestik.

– BERNAMA

scroll to top