Wednesday , 23 May 2018

Home » Bisnes » Ringgit lemah Sedikit pada awal dagangan

Ringgit lemah Sedikit pada awal dagangan

January 18, 2018 12:56 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit lemah Sedikit pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal pagi ini berikutan kekurangan momentum belian, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada di paras 3.9625/9655 berbanding dolar AS daripada paras penutup 3.9520/9560 pada Khamis.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata ringgit dijangka reda berikutan jangkaan jualan dolar AS akibat hasil AS yang lebih tinggi serta nada tegas Rizab Persekutuan negara itu mengenai kenaikan kadar faedah.

Menurutnya, ringgit juga berkemungkinan memasuki tempoh pengukuhan sementara menunggu pemangkin seterusnya di peringkat domestik.

“Pasaran bon ringgit agak goyah sedikit semalam. Selepas cuba mencatat kenaikan pada pembukaan semalam, langkah itu sebaliknya berdepan aktiviti jualan yang berlanjutan sepanjang sesi semalam dan membayangkan bahawa pasaran cuba mengurangkan risiko yang ada,” katanya dalam satu nota hari ini.

Susulan ketiadaan permintaan bon di peringkat tempatan, pasaran dijangka menyaksikan dolar AS/ringgit mengukuh akibat perkembangan prestasi hasil AS yang tinggi dan dolar AS yang meningkat, kata Innes.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama dunia lain.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8303/8351 daripada 4.8388/8441 sebelum ini dan tinggi berbanding yen kepada 3.5596/5629 daripada 3.5674/5720.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.4754/4811 daripada 5.4506/4577 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9888/9917 daripada 2.9867/9906.

– BERNAMA

scroll to top