Friday , 21 September 2018

Home » Bisnes » Ringgit mengukuh

Ringgit mengukuh

July 10, 2018 11:47 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit mengukuh

KUALA LUMPUR./ Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan, di tengah-tengah redanya ketegangan perang perdagangan, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada 4.0180/0230 berbanding dolar AS berbanding 4.0250/0300 penutup Isnin.

Berbanding mata utama lain, ringgit didagangkan mengukuh.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9679/9723 daripada 2.9731/9772 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6208/6263 daripada 3.6439/6487.

Ringgit mengukuh berbanding euro pada 4.7252/7315 daripada 4.7366/7437 dan bertambah baik berbanding pound British kepada 5.3279/3349 daripada 5.3681/3756.

– BERNAMA

scroll to top