Thursday , 20 September 2018

Home » Bisnes » Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

August 21, 2018 9:43 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan momentum positif apabila dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini susulan penyusutan dolar, selain pengukuhan harga minyak.

Pada 9 pagi, nota tempatan didagangkan pada 4.0930/0960 berbanding 4.0990/0200 pada penutupan Isnin.

Peniaga berkata, penurunan dolar AS berpunca daripada kenyataan Presiden Donald Trump yang menuduh China dan Eropah memanipulasi mata wang masing-masing dan tidak berminat terhadap langkah-langkah yang diambil Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah.

“Kenyataan ini menyebabkan dolar merosot di seluruh Asia dan Eropah,” katanya.

Pada 9 pagi, minyak mentah Brent mencatatkan harga AS$72.30 satu tong.

Sementara itu, ringgit susut berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.2456/2515 daripada 5.2225/2276 semalam dan lebih rendah berbanding euro pada 4.7160/7198 daripada 4.6765/6804.

Unit tempatan juga menyusut berbanding yen kepada 3.7253/7291 daripada 3.7045/7075, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9922/9955 daripada 2.9885/9913.

– BERNAMA

scroll to top