Thursday , 15 November 2018

Home » Bisnes » Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

September 13, 2018 10:06 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peningkatan minat belian ketika mana harga minyak mentah lebih tinggi.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1390/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1420/1470 penutup semalam.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata sungguhpun ringgit dibuka lebih kukuh, pelabur kekal berhati-hati berhubung kadar faedah lebih tinggi yang dijangka dikenakan Rizab Persekutuan AS.

“Pelabur memberi isyarat mereka menjangka Rizab Persekutuan akan memberi maklum balas dengan mengetatkan dasar monetari,” katanya kepada BERNAMA.

Harga minyak mentah Brent berada pada AS$79.56 satu tong.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0170/0203 daripada 3.0104/0151 Rabu dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7144/7181 daripada 3.7161/7210.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8149/8200 daripada 4.8018/8093 dan turun berbanding pound British pada 5.3997/4049 daripada 5.3979/4060. -BERNAMA

scroll to top