Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Ringgit mengukuh pada pagi

Ringgit mengukuh pada pagi

November 29, 2018 12:56 pm Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Ringgit mengukuh pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi hari ini disokong minat lebih baik daripada pelabur apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) membayangkan kenaikan kadar faedah neutral pada tahun depan.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1935/1975 berbanding dolar AS daripada 4.1980/2020 pada Rabu.

Peniaga berkata, kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell melegakan pelabur yang gelisah menunggu untuk melihat sama ada akan ada satu lagi kenaikan kadar faedah.

“Buat masa sekarang, sentimen pasaran bertambah baik, tetapi dorongan sebenar bagi pasaran sedang pesat membangun masih pada Sidang Kemuncak G20 hujung minggu ini,” katanya sambil menambah ketegangan perdagangan yang berlarutan antara AS dan China menjejaskan perdagangan negara-negara itu.

Hala tuju jelas akan apa yang berlaku seterusnya bergantung kepada rundingan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0525/0565 daripada paras penutup 3.0464/0498 Rabu, susut berbanding yen kepada 3.6921/6963 daripada 3.6902/6941 dan turun berbanding euro kepada 4.7663/7713 daripada 4.7353/7403.

Unit tempatan juga berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.3777/3833 daripada 5.3571/3626 pada Rabu. – BERNAMA

scroll to top