Saturday , 23 June 2018

Home » Bisnes » Ringgit meningkat berbanding dolar AS

Ringgit meningkat berbanding dolar AS

January 11, 2018 1:36 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit meningkat berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan sokongan prospek optimistik aliran masuk dana asing ke pasaran hutang domestik, disokong oleh asas ekonomi kukuh.

Pada 9.13 pagi, unit tempatan berada pada 3.9980/0020 berbanding dolar AS daripada 4.0020/0070 pada sesi penutup semalam.

Dalam nota penyelidikannya, Kenanga Research berkata, ringgit dijangka kekal kukuh dan meningkat perlahan-lahan berbanding dolar AS dan mata wang utama lain memandangkan lebihan akaun semasa negara yang kukuh, prospek inflasi tidak berubah dan paras fiskal berhemat.

“Bagaimanapun, kita juga mungkin akan melihat lebih banyak turun naik ringgit, terjejas terutamanya oleh jangkaan tiga kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan AS tahun ini.

“Justeru, kita mungkin melihat dagangan adil dolar AS-ringgit Malaysia dalam jajaran antara 3.95 dan 4.10 dalam suku pertama tahun ini,” kata firma penyelidikan itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 2.9975/0018 daripada 2.9975/9024 pada penutupan semalam tetapi meningkat berbanding pound British kepada 5.4013/4075 daripada 5.4019/4090.

Ringgit turun berbanding yen kepada 3.5860/5899 daripada 3.5806/5857 dan susut berbanding euro kepada 4.7804/7864 daripada 4.7776/7844.

– BERNAMA

scroll to top