Thursday , 20 June 2019

Home » Bisnes » Ringgit rendah pada pagi

Ringgit rendah pada pagi

June 13, 2019 11:34 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Ringgit rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Khamis apabila pelabur menjangkakan perang perdagangan antara AS dan China akan bertambah meruncing, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1620/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 pada penutupan Rabu.

Presiden Donald Trump dilaporkan memberi tahu media Rabu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang tarikh khusus bagi memulakan rundingan perdagangan AS-China.

Pada paras pembukaan, ringgit bagaimanapun diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0448/0475 daripada 3.0446/0492 penutup Rabu, meningkat berbanding yen kepada 3.8352/8391 daripada 3.8376/8426 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6972/7027 daripada 4.7064/7137.

Berbanding pound Britain, ringgit mengukuh kepada 5.2820/2862 daripada 5.2922/2003 Rabu. – BERNAMA

scroll to top