Wednesday , 27 March 2019

Home » Bisnes » Ringgit semakin mengukuh

Ringgit semakin mengukuh

January 10, 2019 11:44 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Ringgit semakin mengukuh

KUALA LUMPUR,. Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan disokong permintaan yang lebih baik terhadap nota tempatan dalam pada mana dolar AS menerima tekanan berikutan Rizab Persekutuan dijangka menangguhkan untuk mengetatkan kitaran kadar faedah pada 2019.

Pada 9.16 pagi, ringgit berada pada 4.1030/1080 berbanding dolar AS, naik 100 mata asas, daripada 4.1130/1160 Rabu.

Selain itu, persekitaran dalam pasaran tempatan juga dilonjakkan oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan perdagangan AS-China.

Sementara itu, the ringgit didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura, yang mana ia mengukuh kepada 3.0296/0351 daripada 3.0310/0336 semalam.

Ringgit susut berbanding yen kepada 3.8015/8069 daripada 3.7755/7796, lebih lemah berbanding pound Britain kepada 5.2469/2550 daripada 5.2445/2504 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.7369/7435 daripada 4.7135/ 7178. – BERNAMA

scroll to top