Saturday , 15 December 2018

Home » Bisnes » Ringgit susut berbanding dolar AS

Ringgit susut berbanding dolar AS

July 12, 2018 9:44 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit susut berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan kekurangan permintaan terhadap nota tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada 4.0440/0470 berbanding dolar AS berbanding 4.0370/0420 penutup Rabu.

Peniaga berkata, dolar AS didagangkan lebih kukuh susulan kemungkinan tarif tambahan akan dikenakan AS ke atas produk China.

– BERNAMA

scroll to top