Tuesday , 16 October 2018

Home » Bisnes » Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar

January 17, 2018 11:48 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar

KUALA LUMPUR,. Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal pagi ini berikutan minat belian yang muncul semula.

Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 3.9450/9500 berbanding dolar AS daripada paras penutup 3.9540/9590 pada Selasa.

Ketua Dagangan bagi Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata dengan tumpuan pasaran beralih kepada pernormalan dasar Bank Negara Malaysia, ia sepatutnya menyokong ringgit, berikutan jangkaan peralihan dasar pada akhir bulan.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9900/9945 daripada 2.9864/9909 pada Selasa dan turun berbanding yen Jepun pada 3.5721/5773 daripada 3.5715/5770.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4504/4577 daripada 5.4415/4496 dan turun berbanding euro kepada 4.8492/8565 daripada 4.8369/8446.

– BERNAMA

scroll to top