Thursday , 20 June 2019

Home » Bisnes » Ringgit tidak berubah pada awal dagangan

Ringgit tidak berubah pada awal dagangan

June 11, 2019 11:22 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Ringgit tidak berubah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Ringgit tidak berubah dengan kecenderungan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini ketika mana ketegangan perdagangan antara AS dan Mexico menyusut, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1620/1660 berbanding dolar AS daripada 4.1620/1650 penutup Isnin.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Edward Moya, berkata kedua-dua negara jiran itu baru-baru ini meraih kesepakatan berhubung kemasukan pendatang yang akan menghindarkan AS daripada mengenakan tarif punitif ke atas barangan Mexico buat masa ini.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Mexico akan mengerahkan 6,000 tentera tambahan di sempadan untuk menghalang penghijrahan haram rakyat Mexico ke AS.

Trump mendakwa dokumen sudah dimeterai, tetapi menteri luar Mexico mengatakan sebaliknya.

Pada pembukaan, ringgit bagaimanapun, didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali pound.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0469/0518 daripada 3.0451/0477 penutup Isnin, rendah berbanding yen kepada 3.8352/8400 daripada 3.8331/8366 dan lemah berbanding euro kepada 4.7085/7147 daripada 4.7047/7098.

Berbanding pound, unit tempatan mengukuh pada 5.2799/2854 berbanding 5.2812/2866 penutup Isnin. – BERNAMA

scroll to top