Monday , 21 May 2018

Home » Bisnes » Rizab antarabangsa Bank Negara cecah AS$109.5b

Rizab antarabangsa Bank Negara cecah AS$109.5b

May 7, 2018 6:10 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Rizab antarabangsa Bank Negara cecah AS$109.5b

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) kekal kukuh berjumlah AS$109.5 bilion pada 30 April 2018.

Paras rizab antarabangsa itu juga kekal melebihi paras psikologi AS$100 bilion sejak mula melepasi paras berkenaan pada Ogos tahun lalu.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata BNM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (AS$102.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 billion).

BNM berkata, aset emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM423.06 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM4.33 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.18 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.36 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset lain (RM8.12 bilion).

scroll to top