Thursday , 20 June 2019

Home » Ekonomi » Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$102.3 bilion pada 31 Mei

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$102.3 bilion pada 31 Mei

June 12, 2019 7:27 am Category: Ekonomi A+ / A-
Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$102.3 bilion pada 31 Mei

KUALA LUMPUR,. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.3 bilion pada 31 Mei, 2019 daripada US$102.8 bilion pada 15 Mei, 2019.

Bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, komponen utama rizab antarabangsa itu, pada 31 Mei, terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak US$96.3 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (US$2.2 bilion).

Bank pusat berkata, aset termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR, yang menyumbang RM417.35 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.28 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM697.3 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.06 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM13.16 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.04 bilion), mata wang dalam edaran (RM114.55 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM159.30 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.15 bilion), deposit-deposit lain (RM1.2 bilion), kertas Bank Negara (RM13.33 bilion), peruntukan SDR (RM7.62 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.43 bilion).

— BERNAMA

scroll to top