Friday , 20 July 2018

Home » Sukan » RM357 juta untuk Mahrez ke Manchester City

RM357 juta untuk Mahrez ke Manchester City

July 10, 2018 3:43 pm Category: Sukan A+ / A-
RM357 juta untuk Mahrez ke Manchester City

Riyad Mahrez.

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City bersedia untuk mengumumkan perpindahan Riyad Mahrez dari Leicester City dengan nilai istimewa kira-kira 67 juta pound sterling (RM357 juta).

Difahamkan pemain sayap Algeria itu sudah menandatangani perjanjian sebanyak 200,000 pound sterling (RM1.06 juta) seminggu, kontrak lima tahun di Etihad dengan pilihan untuk dilanjutkan.

Pemain Terbaik PFA 2016 itu cuba untuk berhijrah pada Januari lalu, namun Leicester dikatakan enggan membenarkan penjualannya.

Tetapi dia kini sudah menjadi pemain kelab juara EPL itu yang pertama ditandatangani pada musim panas.

Mahrez mendapat pelepasan untuk tidak menyertai jelajah pra musim skuad Foxes ke Perancis, semalam bagi menyelesaikan perjanjian itu.

Pengendali City, Pep Guardiola pasti gembira dengan kehadiran Mahrez selepas berasakan beliau perlu menambah seorang lagi pemain sebagai pilihan di bahagian serangan bersama Raheem Sterling dan Leroy Sane.

Guardiola kembali ke Akademi Bolasepak City untuk latihan pra musim, semalam bersama barisan pemain yang tidak menyertai Piala Dunia.

City juga dijangka mengikat Jorginho dari Napoli dengan nilai perjanjian sekitar 48 pound sterling juta (RM256 juta) sebelum mereka terbang ke Amerika Syarikat untuk jelajah pra musim.

– Agensi

scroll to top