Thursday , 19 July 2018

Home » Nasional » Rosmah bertemu ibu, anak dari Malaysia di Sydney

Rosmah bertemu ibu, anak dari Malaysia di Sydney

March 19, 2018 7:03 am Category: Nasional A+ / A-
Rosmah bertemu ibu, anak dari Malaysia di Sydney

SYDNEY,. Isteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menghadiri sesi ramah mesra dengan pasangan ibu dan anak dari Malaysia di Sydney.

Majlis yang dihadiri lebih 100 tetamu diadakan di One More Shot Pond, Centennial Park di sini. Beberapa pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Australia terutama produk Program Permata Negara yang dinaungi Rosmah, juga menghadiri majlis itu.

Turut hadir isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad.

Acara yang dijadualkan diadakan selama 30 minit bagaimanapun berlangsung hingga 90 minit.

Rosmah berada di sini untuk mengiringi perdana menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 selama dua hari yang bermula semalam.

— BERNAMA

scroll to top