Friday , 21 September 2018

Home » Dunia » Rumah Putih henti program rumah hijau NASA

Rumah Putih henti program rumah hijau NASA

May 11, 2018 7:46 am Category: Dunia A+ / A-
Rumah Putih henti program rumah hijau NASA

WASHINGTON: Rumah Putih secara ‘dalam diam’ menghentikan program yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) yang menelan belanja AS$10 juta (RM39.5 juta) setahun.

Menurut laporan jurnal Science, program penting itu berperanan mengesan karbon dan metana, gas utama dalam kesan rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

Laporan itu berkata, Sistem Pemantauan Karbon (CMS) NASA itu mengesan sumber untuk karbon dan membuat model beresolusi tinggi aliran karbon di dalam planet.

“Pentadbiran Presiden Donald Trump secara dalam diam sudah menghentikan program CMS,” katanya, sambil menyifatkan ia sebagai langkah terbaru oleh Rumah Putih dalam beberapa siri serangan terhadap ‘sains iklim’.

Bagaimanapun, NASA gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Jurnal Science berkata, NASA juga enggan memberikan sebab mengapa program itu dibatalkan.

Namun, laporan yang memetik jurucakap agensi angkasa itu, Steve Cole, berkata geran bagi program sedia ada masih diteruskan sehingga selesai namun kerajaan tidak akan menaja sebarang kajian baharu.

– AFP

scroll to top