Friday , 21 June 2019

Home » Nasional » Runtuhan Bangunan dalam binaan Stesen LRT PUTRA Terminal Gombak

Runtuhan Bangunan dalam binaan Stesen LRT PUTRA Terminal Gombak

May 23, 2019 6:48 am Category: Nasional A+ / A-
Runtuhan Bangunan dalam binaan Stesen LRT PUTRA Terminal Gombak

gambar - jabatan Bomba

KUALA LUMPUR,. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian (MERS 999), pada jam 01:13 am, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Keluaran jentera dari BBP WANGSA MAJU, dan balai bantuan daripada BBP GOMBAK SELATAN, bersama 1 Jentera FRT, 1
Jentera LFRT,1 buah HILUX, 1 buah RRV dan 1 buah PAJERO dengan kekuatan seramai 46 anggota dan pegawai kanan.

Gambar Jabatan Bomba

Gambar Jabatan Bomba

Agensi lain yang turut terlibat di dalam operasi ini adalah,7 anggota PDRM,8 anggota APAM, 3
orang daripada KKM, serta 10 orang anggota daripada DBKL. Menurut Komander Operasi, PPJB MURUGIAH A/L MUTHUSAMY.

Setibanya jentera dilokasi tiba di tempat kejadian, didapati benar berlaku runtuhan konkrit di sebuah bangunan dalam pembinaan dianggarkan berkeluasan 50 x 50 kaki persegi.

Mengesan Mangsa Dibawah Runtuhan,.Gambar Jabatan Bomba

Mengesan Mangsa Dibawah Runtuhan,.Gambar Jabatan Bomba

Terdapat 3 orang mangsa yang terlibat. 2 orang mangsa telah dihantar ke hospital, manakala 1 orang mangsa lelaki
berbangsa indonesia didapati masih terperangkap di bawah runtuhan.

Anggota menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) bagi mengesan sekiranya masih terdapat mangsa yang tertimbus di bawah
runtuhan.

Kerja-kerja mengalihkan runtuhan konkrit dan operasi mencari dan menyelamat masih sedang dijalankan.

scroll to top