Tuesday , 23 October 2018

Home » Sukan » Russia Menang Besar Menundukan Arab Saudi

Russia Menang Besar Menundukan Arab Saudi

June 15, 2018 5:50 am Category: Sukan A+ / A-
Russia Menang Besar Menundukan Arab Saudi

MOSCOW,. Ribuan penyokong Russia dan antarabangsa membanjiri lokasi fanzone untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai Piala Dunia yang menyaksikan Russia mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Arab Saudi.

Kira-kira 10,000 penyokong termasuk keluarga yang hadir bersama anak kecil, berkumpul di fanzone berhampiran Stadium Luzhniki yang menyediakan skrin gergasi untuk menyaksikan perlawanan.

Penyokong Russia dilihat kurang berbanding penyokong dari negara lain, namun mereka cukup gembira menyaksikan pasukan kesayangan memulakan kempen dengan cemerlang.

“Saya yakin kami akan menang. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya kami ketika ini,” kata pelajar, Yelena Krasnykh.

“Kami sangat bangga. Secara jujur, kami tidak sangka Russia mampu menang besar,” kata Veremonika Kripolapova.

“Pasukan kami tidaklah begitu teruk. Apa saja yang berlaku di Russia sukar untuk diramalkan,” kata seorang pekerja kilang, Pavel.

– AFP

scroll to top