Friday , 25 May 2018

Home » Bisnes » S9, S9+ Penuhi Cita Rasa Semasa

S9, S9+ Penuhi Cita Rasa Semasa

March 11, 2018 10:02 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
S9, S9+ Penuhi Cita Rasa Semasa

Samsung mahu garang dengan pelancaran model S9 dan S9+ di Malaysia yang bermula 16 Mac ini.

Konsep emoji AR dan warna jenis Pantone itu menjadi pilihan kepada model baru Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang pertama kali diperkenalkan kepada pengguna.

Perubahan terbaru pada kamera dengan sistem yang membezakan terang dan gelap atau waktu siang dan malam menyaksikan apertur f2.4 ketika cerah serta mampu menjangkau apertur f1.5 ketika gelap.

Jadi, ia menghasilkan gambar yang jelas meskipun anda mungkin berada dalam gua ketika itu dengan penambahan 28 peratus lebih cahaya berbanding model lama S8.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mempunyai ‘multi frame noise reduction’ yang membuang gambar pecah dengan merakam lebih 12 foto pada satu masa dan menyatukannya bagi mendapatkan imej lebih baik.

Terbaru, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan kejutan rakaman ‘Super Slow Mo’ format 960fps yang sebelum ini fungsi sama hanya datang pada 240fps saja.

Hasilnya, anda boleh menyaksikan gambar gerak perlahan yang terperinci dan jelas.

Super Slow Mo ini juga mempunyai pengesan pergerakan automatik, biasanya terdapat dalam kamera biasa yang bermakna ia mampu merakam apa saja dengan pantas meskipun anda mungkin tidak bersedia ketika situasi berada depan mata.

Super Slow Mo juga boleh dijadikan fail GIF dan lebih menarik, ia mampu diterjemahkan ke ‘wallpaper’ telefon Galaxy S9 dan Galaxy S9+ anda.

Satu penambahan ciri ketara menyaksikan Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang bersama emoji AR yang lebih realistik malah anda boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri dan menukar konsep emoji seperti baju, kaca mata dan banyak lagi.

Selain itu, ekspresi wajah pada emoji juga dicipta seakan-akan animasi 3D dan boleh berkongsi emoji terbabit kepada rakan.

Di samping itu, ia juga mempunyai AR yang mempunyai fungsi baru misalnya, restoran terdekat dengan menghalakan kamera anda ke depan.

Ciri ‘Food’ membolehkannya melihat jumlah kalori dalam makanan yang anda sedang makan.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga kekal dengan ciri kalis air dan debu IP68 tapi dengan pemprosesan baru dan membuat keputusan untuk jek audio 3.5mm terus relevan dalam peranti ini.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga mempunyai memori tambahan dengan microSD sehingga 400GB.

Kali ini Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mempunyai akses pada pengesan wajah dengan Samsung Knox 3.4.2 baru Berkongsi pemprosesan sama, Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan cip 10nm 64 bit jenis octa core.

Galaxy S9 mempunyai saiz skrin 5.8 inci QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9 manakala Galaxy S9+ pula 6.2 inci dengan format sama.

Kedua-duanya juga mempunyai rangkaian Internet lebih pantas dengan memberi laluan lebih banyak gelombang isyarat ke telefon.

Galaxy S9 mempunyai kamera 12MP AF di belakang dengan 8MP f1.7 di depan tapi Galaxy S9+ lebih hebat dengan dwikamera (lengkap OIS) dengan satu lensa sudut lebar 12MP manakala satu lagi telefoto 12MP f2.4.

Sementara itu, kamera depan Galaxy S9+ lengkap 8MP f1.7.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ masing-masing mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan 3500mAh.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ kali ini datang dengan Android Oreo 8.0 selain USB-C dan NFC.

Samsung Pay juga dikekalkan pada kedua-dua fon ini.

Samsung memasarkan Galaxy S9 dan S9+ bermula 16 Mac ini pada harga bermula RM3,299 dengan tiga warna ditawarkan iaitu hitam, biru dan ungu.

Manakala S9+ pula dijual pada harga bermula RM3,799 untuk 64GB, RM3,999 (128GB) dan RM4,399 (256GB).

SAMSUNG GALAXY S9

• HARGA: RM3,299

• STORAN: 64GB, kad microSD hingga 400GB

• OS: Android 8 Oreo

• SKRIN: 5.8 inci Quad HD + Curved Super AMOLED, 18.5:99,10 (570ppi)

• KENIPISAN: 8.5mm

• KAMERA: Super Speed Dual Pixel 12MP AF sensor OIS (F1.5/F2.4)

• KAMERA DEPAN: 8MP AF (F1.7)

• PEMPROSESAN: 10nm 64-bit Octa-core (Max. 2.7 GHz + 1.7 GHz)

• RAM: 4GB

• BATERI: 3000mAh

SAMSUNG GALAXY S9+

• HARGA: RM3,799 (64GB), RM3,999 (128GB), RM4,399 (256GB)

• STORAN: 64GB hingga 256GB, kad microSD hingga 400GB

• OS: Android 8 Oreo

• SKRIN: 6.2 inci Quad HD + Curved Super AMOLED, 18.5:99,10 (529ppi)

• KENIPISAN: 8.5mm

• KAMERA: Dual Camera, Dual OIS – Wide-angle: Super Speed Dual Pixel 12MP AF sensor (F1.5/F2.4) + Telephoto: 12MP AF sensor (F2.4)

• KAMERA DEPAN: 8MP AF (F1.7)

• PEMPROSESAN: 10nm 64-bit Octa-core (Max. 2.7 GHz + 1.7 GHz)

• RAM: 6GB

• Bateri: 3500mAh

scroll to top